Tuesday

Jerawat Dan Bagaimana Cara Mencegah Dan Menghilangkan Jerawat



CARA UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT


Wajah merupakan bahagian tubuh kita yang paling mempesona bagi setiap insan, baik lelaki maupun wanita. Kerana penilaian seseorang ditentukan terutama pada wajah. Maka dari itu hendaklah kita menjaga wajah agar selalu bersih, putih dan tidak kotor. Pada waktu jerawat timbul, kita sering kali terganggu dengan kehadirannya. Terutama bagi para wanita yang sangat mengambil berat tentang penampilan mereka.

Jerawat akan muncul pada waktu usia muda (para remaja). Terdapat banyak remaja yang sering timbul jerawat entah di pipi, hidung, dahi, telinga bahkan ada juga yang tumbuh di dada ataupun punggung. Seringkali kita berasa kurang senang dengan adanya jerawat pada wajah kita.

Apakah Yang Dikatakan Jerawat?

Jerawat boleh di definisikan sebagai suatu masalah pada kulit yang timbul kerana minyak berlebihan, kotoran dan sel-sel kulit mati yang menyumbat pori-pori kulit.

Bakteria penyebab jerawat akan tumbuh dan berkembang biak pada kulit yang bermasalah.. Jika perkara ini dibiarkan, pori-pori yang tersumbat akan membengkak dan mengeluarkan nanah.

Klasifikasi jerawat:

Jerawat terbahagi kepada empat peringkat iaitu ringan, sedang, agak berat dan berat. Peringkat tersebut ditentukan berdasarkan jumlah jerawat yang ada pada wajah, dada dan punggung, serta ukuran besar kecil jerawat atau kondisi peradangan jerawat. Selain itu, di bawah ini juga termasuk dalam perbedaan jenis jerawat:

- Jerawat pada bayi yang baru lahir (newborn acne): Jerawat jenis ini menyerang sekitar 20% bayi yang baru lahir dan tergolong jerawat ringan.

- Jerawat pada bayi (infantile acne): Bayi berumur 3–6 bulan juga ditumbuhi jerawat, dan akan tumbuh kembali pada saat ia beranjak remaja.

- Jerawat vulgaris (Acne vulgaris): Jerawat jenis ini adalah yang paling umum terjadi pada remaja dan kaum muda yang beranjak dewasa, sekitar 12 – 24 tahun.

- Jerawat conglobata (cystic acne): Jerawat jenis ini terjadi pada kaum pria muda, tergolong serius namun jarang terjadi.

Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang paling merisaukan para remaja, iniadalah kerana minyak pada kulit remaja cenderung berlebihan dan mengakibatkan timbulnya jerawat.

Berdasarkan penelitian, di antara masalah kulit remaja, masalah jerawat (47%) menduduki peringkat kedua dan yang pertama adalah masalah kulit berminyak (57%).

Di antara mereka terdapat 94% remaja yang mengalami masalah jerawat akan menggunakan produk anti jerawat untuk mengatasi masalah jerawatnya. Oleh sebab itulah produk untuk mencegah jerawat yang efektif seperti sabun susu beras amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi oleh para remaja.

Jerawat bermula pada usia remaja. Lazimnya bahagian muka yang terjejas.

Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.

Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak.

Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah.Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial.

Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor.

PENYEBAB JERAWAT

Penyebab sebenarnya mengapa seseorang mempunyai jerawat dan yang lain tidak masih belum diketahui secara menyeluruh.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan jerawat ialah :
• Tekanan/Stress;
• Keturunan;
• Aktiviti hormon : Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh pria maupun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh lelaki maupun wanita menyebabkan timbulnya jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk menghasilkan minyak (sebum) secara berlebihan;

• Kelenjar minyak yang hiperaktif;
• Bakteria;
• Radang kulit kerana sentuhan;
• Anabolic steroid;
• Pil perancang, namun ramai wanita mengalami penurunan munculnya jerawat semasa pemakaian pil; dan
• Berada dalam lingkungan kadar klorin yang tinggi, terutama chlorinated dioxins, yang menyebabkan jerawat serius yang disebut Chloracne.

CARA MENCEGAH JERAWAT

Setiap wanita maupun lelaki inginkan wajah yang putih dan bersih. Dari itu, lebih baik mencegah daripada mengubati. Ini juga termasuk mencegah timbulnya jerawat. Jerawat yang tumbuh di wajah dapat membuat penampilan kita menjadi kurang menarik. Selain itu, bekas jerawat akan meninggalkan kesan di wajah kita.

Selain dari mengubati jerawat yang ada, perlu juga dilakukan langkah-langkah pencegahan agar jerawat yang menjengkelkan tidak membataskan penampilan anda. Gunakan sabun susu beras untuk mencuci muka anda bagi mencegah timbulnya jerawat di samping menjadikan kulit anda semakin sihat dan cerah.

Membersihkan wajah perlu dilakukan setiap hari. Kotoran yang melekat di wajah dapat menyumbat pori-pori. Wajah yang kurang bersih akan menyebabkan muka ditumbuhi jerawat dan menjadikan penampilan anda kurang menarik. Agar wajah anda sentiasa menawan, cucilah dengan sabun susu beras Aljo.

Sabun Susu Beras Aljo dihasilkan 100% dari bahan semula jadi. Produk sabun susu beras ini bukan sahaja boleh digunakan oleh golongan wanita tetapi juga lelaki. Mereka yang menggunakannya akan berasa segar sepanjang hari dan badan tidak melekit walaupun berpeluh sekaligus mengatasi masalah bau badan yang sering dialami oleh mereka yang bekerja di luar pejabat.

TIPS YANG BAIK UNTUK MENCEGAH JERAWAT

Bagi anda, samada wanita maupun lelaki pernah mengalami masalah jerawat. Perkara ini biasanya tidak digemari oleh para remaja terutama kaum wanita. Perkataan yang tepat untuk bebas dari jerawat ialah lebih baik mencegah daripada mengubati.

Berikut disediakan beberapa tips efektif untuk anda yang bimbang dengan masalah jerawat

* Bersihkan wajah sehari minimal dua kali dengan sabun susu beras Aljo.Sabun susu beras Aljo tidak mengandungi bahan kimia atau parfum.

* Elakkan dari selalu menyentuh wajah terutama apabila tangan anda kotor. Bila kulit wajah yang sangat sensitif terkena kotoran atau kuman dari luar, jerawat akan mudah timbul.

* Ketika anda sedang berjerawat, jangan menyentuh atau memicit jerawat. Ini boleh meninggalkan bekas di wajah anda.

* Lakukan pembersihan wajah dengan wap atau air suam setiap seminggu atau dua minggu sekali. Hal ini baik untuk membuka pori-pori dan mengangkat kotoran yang tersisa di wajah.

* Mencegah jerawat tidak hanya dilakukan dari luar saja. Walaupun anda rajin membersihkan wajah setiap hari, tetapi jika tidak melakukan perawatan dari dalam akan menjadi sia-sia.

Makanlah makanan yang berkhasiat dan bervitamin serta mengandung banyak serat seperti, sayuran dan juga buah-buahan untuk menjaga kulit tetap sihat dan terhindar dari jerawat. Hindari makanan yang mengandung kafein serta makanan yang masin.

* Elakkan makanan yang dapat menimbulkan jerawat.

* Munculnya jerawat tidak hanya dari makanan ataupun kurangnya perawatan untuk wajah. Bila anda merasa stress, maka hormon yang dikeluarkan dari tubuh juga dapat menjadi penyebab timbulnya jerawat. Hindari stress, untuk mencegah timbulnya jerawat.

Rajin Membersihkan Wajah Dengan Sabun Susu Beras

Wajah merupakan bagian yang sering terkena debu atau bakteria waktu kita menjalankan aktiviti seharian.. Dari itu kita harus selalu membersihkan wajah kita agar jangan sampai bakteria atau debu yang melekat pada wajah kita menimbulkan jerawat. Ketika membersihkan wajah, perkara pertama yang harus kita lakukan cuci muka dengan air dahulu dan kita bersihkan wajah kita dengan sabun susu beras.

Hindari Makanan Yang Boleh Menganggu Peredaran Darah

Makanan yang dimaksudkan seperti gula, coklat dan kacang. Ada yang lain yaitu hindari makanan yang berminyak, pedas serta berlemak. Karena semua makanan tersebut akan mengganggu peredaran darah pada tubuh kita. Jadi proses detoxitasi pada tubuh kita tidak bisa berjalan dengan lancar dan terganggu.

Amalkan makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Daun kemangi dan daun peterseli (parsley) dipercayai juga boleh mengubati jerawat dari dalam tubuh. Untuk buah, makanlah buah epal kerana ianya mengandungi antioksidan.

Selalu Bersenam

Dengan berolahraga, kehangatan tubuh akan membuka pori-pori pada kulit kita dan mengeluarkan kotorannya. Ketika kita berolahraga, peredaran darah kita akan menjadi lancar dan proses detoxitasi akan berjalan teratur, dengan ini darah-darah kotor yang ada di dalam tubuh akan terbuang bersama dengan peluh yaang keluar.

Banyakan Minum Air Putih

Kalau boleh, ikut nasihat doktor dengan minum air 8 gelas sehari. Ini adalah kerana dengan mencuci muka, berolahraga dan minum air putih secara teratur membuat jerawat sukar muncul.

http://shonstore.blogspot.com